Events

Alumni events

وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)


BANTUAN BENCANA BANJIR 2023

Alumni Falahiah mengalu-alukan sumbangan untuk tabung bantuan bencana banjir yang akan diberikan kepada warga alumni yang terkesan dengan bencana banjir

Sebarang maklumat berkaitan warga alumni yang terjejas sila maklum melalui whatsapp 01153582021

5 November 2023 - Selamat bersara ticer Faridah Binti Ismail. Terima kasih kepada semua alumni yang telah memberi sumbangan untuk hadiah kepada ticer sempena persaraan yang telah disampaikan oleh En. Mohd Helmi Bin Mat Zin, Timbalan Yang Dipertua Alumni Falahiah 

10 September 2023, Dewan Haji Wan Adam, SMKA Falahiah, Tumpat - Sumbangan saguhati wang tunai kepada pelajar cemerlang SPM & STPM 2022

10 September 2023, Dewan Haji Wan Adam, SMKA Falahiah, Tumpat - Motivasi perdana bersama Dr Muhammad Razak Bin Idris, Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

9 September 2023, Dewan Haji Wan Adam, SMKA Falahiah - Makan Malam Perdana Alumni bersama guru-guru dan pihak pentadbir sekolah.

9 September 2023, SMKA Falahiah - Riadah alumni bersama pelajar

9 September 2023, Medan Perhimpunan, SMKA Falahiah - Qiamullail perdana

8 September 2023, Dewan Haji Wan Adam, SMKA Falahiah, Tumpat - Forum Perdana Alumni bersama sdr. Syafiq Fadeli (moderator), sdr. Amin Idris, sdr. Hisyam Fauzi dan ustaz Ameer Azizi Abdullah.

24 Jam Aspurafa

Tarikh : 8-10 September 2023
Tempat : SMKA Falahiah, Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan

.

Sapo rasa dia pernah sekolah di Falahiah, wajib mari program 24 Jam Aspurafa ni !

.

Tak kira demo dei duduk stahun ko dua tahun  ko 5 tahun di Falahiah, asalkan demo pernah belajar di Falahiah, kira Alumni Falahiah dh tu.

.

Mari kita pakat pulang ke sekolah lama kita, mengimbau kenangan ketika menuntut ilmu suatu masa dahulu.

.

Lebih-lebih lagi yang duduk di asrama.

.

Ada banyak program menarik ni. Forum Perdana, Makan Malam Perdana Alumni Falahiah, Qiamullail, Tazkirah Subuh, Kuliah Maghrib. 

.

Hok peting skali buleh beriadah antara sek2 alumni dan pelajar asrama. Hok mano biso bola tampar zaman sekolah dulu tu acu mari kita main dengan adik-adik. Sambil merapatkan ukhuwah ore kata.

.

Buleh tengok tentatif program tu deh. Semua program ni free blako, kecuali makan malam tu jah kena bayar (boleh rujuk link ni : https://www.alumnifalahiah.org/makan-malam-perdana)

.

Makan Malam ni kita buat special sikit, kita jemput jugok cikgu-cikgu legend untuk dinner ni untuk meraikan mereka. Pahtu kita selit pulok dengan persembahan Nasyid Madani.

.

Bereh tu sek kito, jupo hujung minggu ni deh. Pakat tag blako saen sobat.

Mesyuarat AJK Al-Falah pada 24 Julai 2023, bertempat di Restoran LapaDooh, Kota Bharu

Kelas tuisyen Al-Falah bersama Cekgu Aidil untuk pelajar tingkatan 4 pada 3 Julai 2023

Kutipan sumbangan untuk dana projektor Dewan Haji Wan Adam pada 3 Mac 2023

Program kecemerlangan untuk pelajar tingkatan 6 2022 merangkumi 6 Atas dan 6 Bawah pada 12 September 2022

Kutipan sumbangan untuk kembara berbasikal Faisal - Falahiah ke Eropah

Himpunan bacaan Al-Quran, zikir dan doa untuk alumni

Konvensyen Pendidikan Perdana